Malaysia tidak akan tergesa-gesa buat keputusan terhadap tarif Trump
Kerajaan Malaysia tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan berhubung keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan sebahagian besar tarif balasan, sebaliknya akan menilai secara menyeluruh demi mempertahankan kepentingan negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan berhubung keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan sebahagian besar tarif balasan, sebaliknya akan menilai secara menyeluruh demi mempertahankan kepentingan negara itu.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan, gesaan supaya Malaysia menilai semula pendirian berdasarkan keputusan mahkamah itu adalah wajar.
Sungguhpun demikian, Encik Anwar menjelaskan bahawa sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru memandangkan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat baru diumumkan beberapa hari lalu.
Beliau menambah, perkara utama ialah memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan Malaysia terpelihara, sambil mengambil kira bagaimana negara-negara lain memberi respons serta kedudukan dasar domestik di Amerika Syarikat.
"Kenapa kita nak terburu-buru? Kerana, Mahkamah Agung Amerika Syarikat baru putuskan tiga hari lalu. Dan hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung Amerika?
"Saya tidak setuju. Saya katakan apapun keputusan kita, kita kena teliti," katanya ketika menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat pada Selasa (24 Feb) yang meminta penjelasan sama ada perjanjian timbal balik Malaysia-Amerika Syarikat akan dibatalkan.
Menurut Encik Anwar lagi, pentadbiran Amerika Syarikat masih mempunyai beberapa peruntukan lain yang boleh digunakan dalam urusan perdagangan, termasuk Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962 dan Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974, selain kuasa Kongres yang masih belum dipastikan sama ada akan memperakui atau mengambil pendirian berbeza terhadap keputusan mahkamah tersebut.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mempertikaikan sebarang keputusan yang sudah dimuktamadkan, namun ketika ini beberapa perkara masih tergantung dan diperdebatkan dari sudut perundangan di Amerika Syarikat.
Sehubungan itu, Encik Anwar berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (27 Feb) dijangka menilai semua aspek secara menyeluruh.
"Menteri-menteri telah ditugaskan untuk menyediakan maklumat dan analisis terperinci bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat adalah wajar dan berhemah," katanya.
Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Agung Amerika membatalkan tarif balasan yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump.
Mahkamah tertinggi Amerika Syarikat itu memutuskan bahawa Encik Trump melangkaui kuasa presidennya apabila pada tahun lalu menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif global secara meluas, selain duti berkaitan fentanyl yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.