Malaysia tetapkan 27 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijjah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
MALAYSIA: Malaysia menetapkan 27 Mei ini untuk melihat anak bulan Zulhijjah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan penetapan tarikh awal Zulhijjah akan diisytiharkan pada malam 27 Mei melalui siaran radio dan televisyen.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Selasa, 27 Mei 2025 bersamaan 29 Zulkaedah 1446H.
"Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab," menurut kenyataan itu.
Antara lokasi dikenal pasti untuk Malaysia melihat anak bulan Zulhijah tahun ini ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail di Pontian, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.
Zulhijah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Ibadah Haji dilakukan pada bulan ini dan Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.