Malaysia terima pelaburan RM5.2 bilion dari SG dan China dalam sektor ekonomi digital
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: fahmifadzil.1/Instagram)
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil mengumumkan negara itu memperoleh pelaburan sebanyak RM5.2 bilion (S$1.5 bilion) dalam sektor ekonomi digital dari China dan Singapura.
Dalam hantaran di media sosial pada Jumaat (11 Ogos) malam, beliau memaklumkan daripada jumlah pelaburan RM3 bilion (S$884 juta) diraih dari China manakala RM2.2 bilion (S$648 juta) diperoleh dari Singapura.
"Saya ingin mengumumkan berita baik. Malaysia telah raih komitmen pelaburan sebanyak RM5.2 bilion (S$1.5 bilion) dari China dan Singapura," katanya
Encik Fahmi berkata untuk perbandingan, pelaburan dalam sektor ekonomi digital yang dibawa masuk oleh kementerian itu pada setengah tahun pertama 2022 adalah RM7.5 bilion (S$2.2 bilion), manakala pada setengah tahun pertama 2023 adalah RM28.4 bilion (S$8.4 bilion).
"Ini bermakna, ada kenaikan sebanyak 279 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Insya-Allah Malaysia di landasan yang tepat!," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.