Malaysia terima 7 cadangan konsep bagi projek HSR KL-SG
Tujuh kumpulan dari Malaysia dan antarabangsa - terdiri daripada 31 syarikat - telah mengemukakan cadangan konsep bagi pembangunan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR), menandakan satu lagi perkembangan baharu dalam usaha Malaysia untuk menghidupkan semula inisiatif tersebut.
(Gambar: BERNAMA)
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini (15 Jan), cadangan-cadangan itu dikemukakan kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam respons kepada Permohonan bagi Maklumat (RFI) yang mengundang para pemain sektor privet untuk mengendalikan projek itu.
MyHSR Corp adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) di bawah penyeliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan ia bertanggungjawab bagi pembangunan dan pelaksanaan projek tersebut.
Projek itu berdasarkan insiatif rakan kongsi pihak swasta-awam bagi model Reka-Biaya-Bina-Kendali-Pindah (DFBOT).
"Dapatan daripada penilaian RFI akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kabinet untuk dipertimbangkan," kata pengerusi MyHSR Corp Fauzi Abdul Rahman dalam kenyataan itu.
"Jika responsnya positif, kami akan beralih ke fasa kedua dengan peringkat Permohonan bagi Cadangan (RFP) untuk memperolehi usulan lebih terperinci daripada konsortia yang terpilih."
Menurut laporan New Straits Times (NST) pada Ahad lalu (14 Jan), dua konglomerat dari Malaysia dijangka mengemukakan usulan konsep mereka termasuk YTL Group dan Berjaya Group.
Pihak industri yang mempunyai maklumat dalaman dilaporkan menyatakan para peserta lain dalam projek itu kemungkinan termasuk Malaysian Resources Corp Bhd, Econpile Holdings Bhd dan Gamuda Bhd.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.