Malaysia teliti semula perjanjian jual air kepada SG, kata Fadillah Yusof
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Fadillah Yusof. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang menilai semula semua perjanjian berkaitan isu penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar 3 sen (S$0.01) bagi setiap 1,000 gelen sejak 1962, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof.
Menteri peralihan tenaga dan transformasi air tersebut berkata, perkara itu berlaku ketika zaman pentadbiran mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Kena tanya balik Mahathir, masa dia jadi perdana menteri dulu, perkara itu masih berlaku. Sama ada kita beri subsidi atau tidak, kita sedang melihat balik semua perjanjian yang ada," katanya selepas merasmikan Water Malaysia Specialised Conference and Exhibition 2024.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Jumaat lalu bahawa Malaysia memberi subsidi kepada Singapura sejak 61 tahun lalu dengan menjual air mentah 250 juta gelen sehari pada kadar 3 sen (S$0.01) saja bagi setiap 1,000 gelen sejak 1962.
Perjanjian Air Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir 2061 memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen (S$0.01) bagi setiap 1,000 gelen, dan Malaysia membeli semula air dirawat dengan harga 50 sen (S$0.14) setiap 1,000 gelen.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.