Malaysia tegas tidak benar syarikat Israel labur di negaranya
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan Kedua Malaysia Amir Hamzah Azizan (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara itu.
Namun ia tegas dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat milik Israel menjalankan aktiviti di negara tersebut, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata ketegasan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dalam hal itu, dapat dibuktikan apabila syarikat perkapalan ZIM milik Israel disekat daripada berlabuh di perairan Malaysia sejak Disember lalu.
“Walaupun kita tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara kita, tetapi tidak untuk syarikat milik Israel,” katanya pada sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat berhubung penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Insfrastructure Partners (GIP).
Beliau berkata Kerajaan MADANI juga kekal teguh dalam pendirian mempertahankan dan membela nasib rakyat Palestin, selain peranan aktif turut dimainkan institusi di negara itu yang bersolidariti dan menyumbang untuk mangsa kekejaman Israel.
Encik Amir Hamzah berkata di platform antarabangsa, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak jemu untuk berbicara dan menyuarakan gesaan kepada pemimpin dunia termasuk kuasa besar, agar kekejaman rejim Israel terhadap Palestin dihentikan segera.
Beliau menambah bahawa Malaysia juga menyuarakan ketegasan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya negara Palestin mendapat keanggotaan penuh dalam badan dunia itu.
“Kita juga sokong penuh keputusan resolusi gencatan senjata dan konsisten dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Carikan Gaza,” katanya.
Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 25 Jun memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) kepada GIP, melalui syarat yang ketat.

GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai AS$112 bilion (S$152 bilion) bagi pihak pelaburnya, yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.