Malaysia sudah hantar surat permohonan sertai BRICS
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad (28 Jul). (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata Malaysia sudah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan hasrat Malaysia menyertai organisasi BRICS itu inti pati utama perbincangan Encik Anwar dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana pada Ahad (28 Jul).
"Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi (BRICS) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS, selain menyatakan keterbukaan untuk menyertainya sebagai negara anggota atau rakan strategik," menurut kenyataan itu pada Ahad.
Pada 18 Jun lalu, Encik Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
BRICS yang merangkumi Brazil, Rusia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi dan sedang pesat membangun. Afrika Selatan kemudian menyertai blok itu pada 2010.
BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia.
Sebelum ini, ketibaan Encik Lavrov dan delegasi pada pukul 10.00 pagi di Kompleks Seri Perdana disambut Menteri Luar Mohamad Hasan.
Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Dr Zambry Abd Kadir Zambry.
Dalam pertemuan itu hampir sejam itu, Encik Anwar dan Encik Lavrov juga membincangkan usaha perkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.
Turut dibincangkan ialah situasi semasa di Palestin termasuk penegasan Malaysia mengenai keperluan mendesak untuk gencatan senjata kekal dan bantuan kemanusiaan pantas di Gaza serta Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.