Malaysia sokong usaha diplomasi Indonesia redakan konflik Iran-Israel, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi Indonesia dalam meredakan konflik Iran-Israel bagi memastikan ketegangan dapat diredakan dan nyawa orang awam dilindungi.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata usaha Jakarta itu juga diharap dapat membuka ruang rundingan yang bermakna ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan di Timur Tengah.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri Malaysia itu berkata perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan sewaktu perbualan telefon beliau bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, semalam (23 Mac).
"Kami berdua bersama-sama menggesa kepada keamanan dan saya memaklum Presiden Prabowo bahawa Malaysia menyokong segala usaha yang menjurus ke arah perdamaian dan penyelesaian konflik tersebut," kata beliau.
Selain isu serantau dan antarabangsa, Encik Anwar berkata beliau dan Encik Prabowo turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara.
"Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat," kata beliau.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.