Skip to main content

Dunia

Malaysia siasat anak syarikat Megaspeed kerana disyaki menyalurkan cip AI ke negara lain

Anggaran Waktu Membaca:
 Malaysia siasat anak syarikat Megaspeed kerana disyaki menyalurkan cip AI ke negara lain

Logo syarikat pusat data Megaspeed International di pejabatnya di Ocean Financial Centre, Singapura, pada 10 November 2026. (Gambar: AFP/Taryn Ng)

Diterbitkan : 13 Nov 2026 01:21PM Dikemas Kini : 13 Nov 2026 01:26PM
Malaysia investigates Megaspeed subsidiary over suspected channelling of AI chips to other countries
  • MITI said on Nov 13 that it was working with the Royal Malaysian Customs Department to investigate whether AI chips imported by SpeedMatrix, a Singapore subsidiary of Megaspeed, were legally re-exported.
  • SpeedMatrix leases data centre space and can import chips without a permit, but since July the previous year, a permit has been required to export or re-export high-performance AI chips from the United States through Malaysia.
  • The investigation was triggered after Megaspeed was alleged to have helped channel Nvidia chips to China; the company is also being investigated in Singapore over servers that may have been shipped from Malaysia to other destinations.
  • Malaysia is conducting independent checks, working with Singapore and the United States, and may tighten controls. MITI stressed that routine checks do not independently confirm wrongdoing and that action will be taken against breaches of the law.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Kementerian perdagangan Malaysia pada Jumaat (13 Nov) menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam untuk menentukan sama ada cip yang dibawa masuk ke negara itu oleh SpeedMatrix, anak syarikat tempatan kepada firma pengkomputeran awan Megaspeed yang berpangkalan di Singapura, dieksport semula ke negara lain.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, meletak jawatan menyusuli laporan mengenai hubungan sulitnya dengan Alice Huang, seorang bekas eksekutif kanan Megaspeed yang disyaki sebagai perisik China.

Megaspeed kini menjadi tumpuan siasatan kerana didakwa membantu menyalurkan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke China, walaupun terdapat sekatan eksport Amerika Syarikat yang bertujuan memperlahankan pembangunan teknologi AI Beijing.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (13 Nov), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyatakan SpeedMatrix menyewa ruang di pusat-pusat data di Malaysia dan dibenarkan membawa masuk cip AI ke negara itu tanpa permit atau lesen.

Pada masa ini, pengimportan cip AI ke Malaysia tidak memerlukan permit atau lesen.

Bagaimanapun, sejak Julai tahun lalu, mana-mana pihak yang mahu mengeksport, mengeksport semula atau menghantar cip AI berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat melalui Malaysia perlu mendapatkan permit, termasuk jika cip tersebut hanya melalui negara itu dalam perjalanan ke destinasi lain.

MITI menegaskan bahawa memberikan maklumat palsu kepada pihak Kastam mengenai barangan tersebut merupakan satu kesalahan serius.

"Oleh itu, MITI sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menentukan sama ada mana-mana cip yang dibawa masuk ke Malaysia telah dieksport semula ke negara lain, dan sama ada eksport semula itu dilakukan mengikut undang-undang," menurut kementerian tersebut.

"Malaysia akan menjalankan pemeriksaannya sendiri secara bebas, mengikut undang-undang negara dan berdasarkan bukti yang tersedia," tambahnya.

MITI turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengesahkan Megaspeed atau anak syarikatnya di Malaysia, SpeedMatrix, sebagai bebas daripada sebarang salah laku.

Menurut kementerian itu, sebarang lawatan pemeriksaan yang dijalankan di pusat data merupakan sebahagian daripada pemantauan rutin sektor tersebut.

Lawatan sedemikian tidak seharusnya dianggap sebagai bukti bahawa sesebuah syarikat sudah disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan.

MITI juga menyatakan bahawa pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat, selain mempertimbangkan langkah tambahan untuk memperketatkan kawalan jika perlu.

"Walaupun Malaysia tidak menguatkuasakan sekatan eksport yang dikenakan secara sepihak oleh negara lain, semua syarikat yang beroperasi di Malaysia dijangka mengambil kira sekatan tersebut dalam urusan perniagaan antarabangsa mereka," menurut MITI.

Kementerian itu turut mengingatkan syarikat-syarikat supaya tidak memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai urusan mereka dengan agensi kerajaan.

MITI menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang Malaysia.

"Malaysia mengalu-alukan pelaburan dalam sektor pusat data dan teknologi, tetapi tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan untuk mengelakkan sekatan eksport," menurut kementerian itu.

Sementara itu, Megaspeed turut disiasat di Singapura.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura pada Khamis menyatakan bahawa beberapa syarikat yang sedang disiasat telah membeli pelayan komputer fizikal dan mengeksportnya melalui Singapura ke Malaysia, tanpa memasuki pasaran tempatan.

Polis sedang menyiasat sama ada pelayan tersebut kemudiannya dihantar dari Malaysia ke destinasi lain, yang mungkin bercanggah dengan maklumat yang diisytiharkan oleh syarikat-syarikat berkenaan di Singapura.

Skandal yang melanda Nvidia menyebabkan nilai pasaran syarikat itu merosot hampir setengah trilion dolar Amerika Syarikat.

Kontroversi tersebut turut mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan negara dan menimbulkan ketidaktentuan terhadap masa depan industri AI.

Pada Khamis, Singapura mengumumkan bahawa Alice Huang dilarang memasuki semula negara ini sejak Februari lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat kepada penyiasat mengenai peranannya di Megaspeed.

Bagaimanapun, Alice Huang tidak disiasat atas kesalahan pengintipan di Singapura.

Sumber : CNA/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita