Malaysia siapkan garis panduan literasi AI pada Sep
Anggaran Waktu Membaca:
Cik Fadhlina semasa persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia, 21 Jul. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses memuktamadkan Garis Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka siap September ini.
Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, berkata garis panduan itu adalah bagi memastikan penggunaan teknologi tersebut dilaksanakan secara beretika, selamat dan berpandukan nilai murni.
"Elemen AI diintegrasikan secara progresif dalam kurikulum, termasuk melalui mata pelajaran Teknologi dan Digital di sekolah rendah serta subjek seperti Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan Reka Bentuk dan Teknologi di peringkat menengah.
"KPM sentiasa komited dan bersedia untuk menambah baik sistem pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan.
"Ia bagi memastikan murid dapat menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi cabaran dan peluang masa depan yang membabitkan teknologi bijak seperti AI dan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Isnin (21 Jul), lapor Berita Harian Online.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Encik Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang meminta menteri pendidikan itu menyatakan bagaimana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan diperkasa bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penerapan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan TVET.
KPM merangka lima fokus utama iaitu mutu, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber dan kecekapan, keluwesan serta kemampanan melalui PPPM 2026 hingga 2035, lapor Berita Harian Online.
Pelan itu memberi penekanan kepada penjajaran kurikulum dengan realiti pasaran, pembelajaran berasaskan teknologi seperti AI dan pemerkasaan ekosistem TVET.
Pada masa yang sama, Cik Fadhlina berkata, sebagai langkah inovasi, KPM sedang merintis konsep 'AI-Powered Classroom' di 11 sekolah bagi menyediakan laluan pembelajaran yang bersifat adaptif.
Beliau berkata, bagi meningkatkan kesediaan murid, kurikulum baharu turut memperkenalkan asas AI di peringkat sekolah rendah, manakala penerokaan lanjut aplikasi AI diteruskan di peringkat menengah.
"Kurikulum ini dirangka berasaskan kompetensi dengan penekanan terhadap komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis, keusahawanan dan literasi digital," katanya, lapor Berita Harian Online.
Cik Fadhlina menambah, bermula tahun ini, dua kursus teras disiplin berteraskan AI ditawarkan dalam program Diploma Teknologi Perkomputeran dan Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Vokasional (KV) iaitu 'Computer Vision In Computing Technology' dan 'Computer Vision In Information Technology'.
Katanya lagi, satu kursus elektif baharu iaitu 'Generative Artificial Intelligence' juga kini ditawarkan kepada semua program diploma di KV.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.