Malaysia, SG sambut baik kemajuan JS-SEZ, usaha muktamadkan pelan induk dalam masa terdekat
Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia, SG sambut baik kemajuan JS-SEZ, usaha muktamadkan pelan induk dalam masa terdekat. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Beliau berkata inisiatif strategik itu bakal memperkukuh perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Menerusi catatan di media sosial X pada Isnin (13 Jul), Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam di samping bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama.
“Bicara kami turut menyentuh perkembangan positif dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara tertangguh.
“Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk terus menyelesaikan apa jua isu yang masih berbangkit melalui rundingan yang membina, berlandaskan semangat saling menghormati dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama,” katanya lagi.
Encik Anwar turut berharap semoga hubungan Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Presiden Tharman sedang mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 13 hingga 15 Julai atas undangan Yang di-Pertuan Agong.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) memaklumkan lawatan itu sebagai membalas Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.
Menurut MFA, Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di dunia dan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Singapura mencecah RM402.35 bilion (S$127.50 bilion) pada 2025, peningkatan 1.5 peratus berbanding 2024.
Dari tempoh Januari hingga Mei 2026, jumlah perdagangan dua hala meningkat 14.5 peratus kepada RM189.90 bilion (S$60.18 bilion), berbanding RM165.93 bilion (S$52.58 bilion) yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2025.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.