Malaysia serbu beberapa firma terkait siasatan rasuah berhubung pemerolehan tentera
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, ketika mengesahkan perkara itu, berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan.
“Hari ini, pegawai SPRM menjalankan penggeledahan di beberapa syarikat yang dipercayai terbabit bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan... enam akaun bank yang dipegang oleh suspek dan ahli keluarganya disita dalam siasatan ini,” katanya.
Sementara itu, sumber memaklumkan siasatan SPRM kini tertumpu kepada aliran wang disyaki masuk ke akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, yang kini disiasat sebagai suspek dalam kes rasuah tersebut.
Beliau berkata SPRM menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan kediaman rasmi suspek dari 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lepas.
“Penggeledahan tidak menghasilkan sebarang sitaan wang tunai tetapi SPRM menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai terkait dengan siasatan,” katanya.
Sumber turut memaklumkan bahawa suspek sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam tetapi beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
“Setakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan tetap diteruskan dengan memanggil saksi utama membabitkan kontraktor yang dipercayai memperoleh projek berkaitan Tentera Darat.
"Setakat ini, SPRM merakam keterangan lima pemilik syarikat dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang,” katanya.
Sumber turut mendedahkan bahawa SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah, dan siasatan dijalankan secara berperingkat.
SPRM dijangka terus memperluas siasatan termasuk aspek aliran kewangan, pemerolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.
Selasa lalu, pegawai SPRM hadir ke MINDEF, dan tumpuan terarah kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah pemerolehan secara tender terbuka serta pemerolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.