Malaysia sedia adakan rundingan Thailand-Kemboja, bantu kekalkan gencatan senjata
Malaysia sedia mengadakan rundingan antara Thailand dengan Kemboja susulan ketegangan terbaharu di sempadan kedua-dua negara, dan sekali gus memastikan gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini kekal.
Anggaran Waktu Membaca:
SEREMBAN: Malaysia sedia mengadakan rundingan antara Thailand dengan Kemboja susulan ketegangan terbaharu di sempadan kedua-dua negara, dan sekali gus memastikan gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini kekal.
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata rundingan dijangka diadakan selepas perbincangan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat dan Malaysia bersedia menjadi pemudah cara membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian aman.
“Jika boleh, diadakan di Malaysia kerana antara kedua-dua negara itu, mereka tidak lagi mempunyai kepercayaan, mereka saling tidak mempercayai.
“Mereka ada menghubungi kita. Kemboja minta dibuat perbincangan itu di Kuala Lumpur. Begitu juga Thailand, yang minta supaya kita meneruskan usaha mengekalkan gencatan semula. Kita berasa dukacita dan kesal dengan perkara itu.
“Ini kerana selepas perjanjian damai Kuala Lumpur yang ditandatangani kedua-dua pemimpin Kemboja dan Thailand semasa Sidang Puncak ASEAN ke-47 tempoh hari, mereka nampaknya amat gembira, tetapi kini ada sedikit pertelingkahan di peringkat sempadan,” kata beliau.
Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kit peperiksaan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan komputer riba kepada pelajar institut pengajian tinggi membabitkan lebih 1,000 penerima di Parlimen Rembau di Seremban pada Khamis (13 Nov).
Menurut Encik Mohamad, Thailand menggantung gencatan senjata itu berikutan ada anggota tentera Thailand yang meronda kawasan sempadan terpijak periuk api sehingga mendatangkan kecederaan, yang didakwa ditanam oleh Kemboja.
“Namun, pasukan pemantau ASEAN di Thailand dan Kemboja melaporkan ia merupakan periuk api baharu... tadi dalam perbualan telefon antara saya dengan Menteri Luar Thailand, saya berharap kedua-dua pihak bertenang dan berbincang kekalkan keamanan,” katanya.
Encik Mohamad berkata pasukan pemantau ASEAN tidak diletakkan di sempadan tetapi mereka sentiasa memantau dan melaporkan perkembangan di kawasan berkenaan kepada pihak berkaitan.
Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja iaitu Hun Manet di luar sidang puncak ASEAN pada 26 Oktober lalu.
Ia disaksikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN, dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.