Skip to main content

Dunia

Malaysia sasar teraju kepakaran semikonduktor, kewangan Islam: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia sasar teraju kepakaran semikonduktor, kewangan Islam: PM Anwar

(Gambar fail: Munir Uz Zaman / AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2025 03:29PM
KUALA LUMPUR: Malaysia mahu memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam sektor semikonduktor dan kewangan Islam, kata Perdana Menterinya pada Khamis (9 Jan).

Berucap di Forum Ekonomi Malaysua 2025, Encik Anwar Ibrahim berkata ekonomi Malaysia bangkit secara mendadak tahun lepas, dengan kemasukan pelaburan strategik, kebanyakannya dalam tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

"Pada 2025, kami mahu menggandakan kedudukan kelebihan geografi kami, sebagai pemimpin dalam sektor elektrik, bakat dan kepelbagaian rantaian bekalan," kata beliau sambil menambah bahawa inflasi dan nilai ringgit kekal stabil manakala pasaran saham menunjukkan prestasi yang baik.

Malaysia menerima pelbagai pelaburan dalam sektor digital daripada syarikat teknologi utama tahun lalu, termasuk Google, yang membantu memacu ekonominya dengan pertumbuhan mengatasi jangkaan pasaran pada suku kedua dan ketiga.

Mata wang ringgit ini mencatat salah satu prestasi terbaik Asia pada 2024.

Tambah beliau, sektor kewangan Islam pula diiktiraf sebagai salah satu kekuatan unik Malaysia.

“Sebagai peneraju dalam kewangan Islam, Malaysia akan terus menawarkan model kewangan yang inklusif dan beretika, yang selaras dengan keperluan global hari ini,” katanya lagi.

PM Anwar pada 2024 berkata Malaysia menetapkan sasaran menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion (S$152 bilion) pelaburan untuk industri semikonduktor, dalam usaha menjadi hab global dalam industri teknologi tinggi.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita