Malaysia sasar larang akaun media sosial bagi remaja bawah 16 tahun mulai 2026
Kerajaan Malaysia menyasarkan larangan ke atas golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyasarkan larangan ke atas golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, larangan berkenaan berasaskan keputusan kabinet bagi mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.
"Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial," kata beliau, lapor BH Online.
Encik Fahmi berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai, di Kuala Lumpur, pada Ahad (23 Nov).
Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan, lapor BH Online.
"Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial," katanya.
Beliau berkata, salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.
"Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan. Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga," tambahnya seperti yang ditukil BH Online.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.