Skip to main content

Dunia

Malaysia sambung semula usaha cari MH370 di Lautan Hindi

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia sambung semula usaha cari MH370 di Lautan Hindi

Kata-kata perangsang ditulis dalam acara memperingati tragedi pesawat MH370 di Kuala Lumpur. (Gambar: AP/Joshua Paul)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 25 Feb 2025 06:17PM Dikemas Kini : 25 Feb 2025 06:18PM
SYDNEY: Hampir 11 tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang masih menjadi misteri, usaha pencarian baharu diteruskan di Lautan Hindi, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media pada Selasa (25 Feb).

Dalam masa beberapa minggu akan datang, syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat dan Britain, Ocean Infinity, akan mengerahkan kapal pencarian Armada 78 06 serta Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV) untuk mengimbas dasar laut bagi mencari sebarang kesan pesawat Boeing 777 yang hilang itu, menurut laporan media termasuk penyiar Australia 9 News dan akhbar British The Telegraph. 

Pencarian akan tertumpu di kawasan seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi, dengan tumpuan khusus pada empat lokasi utama yang dikenal pasti sebagai kawasan paling berpotensi - terletak sekitar 1,500 kilometer dari pesisir Perth, Australia.

Syarikat itu, yang pernah terlibat dalam misi pencarian pada 2018 namun tidak berjaya, telah menandatangani kontrak “no find, no fee” dengan kerajaan Malaysia, lapor 9 News. 

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal. Ia sepatutnya menuju ke Beijing tetapi menyimpang daripada laluan penerbangan, berdasarkan data radar dan satelit. 

Para penyiasat percaya pesawat itu terhempas di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sehingga kini, hanya serpihan bangkai pesawat itu dihanyutkan di pelbagai pantai, manakala bahagian utama pesawat, penumpang serta perakam data penerbangan masih belum ditemui. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita