Skip to main content

Dunia

Malaysia sahkan China sedia meterai perjanjian bebas senjata nuklear Asia Tenggara

China akan memeterai satu perjanjian Asia Tenggara yang melarang senjata nuklear di rantau ini sebaik sahaja semua dokumentasi berkaitan sudah siap, kata Menteri Luar Negeri Malaysia pada Khamis (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia sahkan China sedia meterai perjanjian bebas senjata nuklear Asia Tenggara

Menteri Luar Negeri Malaysia, Mohamad Hasan, mempengerusikan Sidang Pasca Menteri ASEAN bersama China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia pada 10 Julai 2025. (Gambar: REUTERS/Pool/Hasnoor Hussain)

KUALA LUMPUR: China akan memeterai satu perjanjian Asia Tenggara yang melarang senjata nuklear di rantau ini sebaik sahaja semua dokumentasi berkaitan sudah siap, kata Menteri Luar Negeri Malaysia pada Khamis (10 Jul).

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara, atau SEANWFZ, sudah berkuat kuasa sejak tahun 1997 dan ia mengehadkan penggunaan kuasa nuklear oleh negara-negara anggota untuk tujuan damai seperti penjanaan tenaga.

Matlamat ASEAN adalah untuk memastikan kuasa-kuasa nuklear dunia, termasuk China, Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan Perancis memeterai perjanjian itu dan memberi komitmen untuk tidak menggunakan atau memindahkan senjata nuklear ke rantau ini, termasuk ke zon-zon ekonomi ekslusif dan pelantar benua negara-negara yang terlibat.

"China memberi komitmen untuk memastikan mereka akan memeterai perjanjian itu tanpa bersyarat," kata Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan kepada wartawan di luar mesyuarat bersama rakan-rakan sejawatan dari ASEAN dan negara-negara rakan kongsi yang lain.

Kementerian Luar China menyatakan negara itu sedang berhubungan dengan negara-negara ASEAN berhubung pemeteraian protokol itu.

"China sentiasa menyokong penubuhan zon bebas senjata nuklear di Asia Tenggara, dan berulang kali menyatakan kesediaannya untuk menjadi negara pertama yang memeterai protokol perjanjian tersebut," kata jurucakap kementerian China Mao Ning kepada wartawan di satu taklimat media.

Menteri Luar China Wang Yi kini berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat bersama rakan-rakan sejawatannya dari ASEAN.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita