Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia pertimbang tubuh badan bela nasib penyanyi tempatan

Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu badan bagi menyelia industri muzik tempatan agar kebajikan penyanyi di negara itu terus terbela, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia pertimbang tubuh badan bela nasib penyanyi tempatan

(Gambar fail)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 06:01PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 08:22PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu badan bagi menyelia industri muzik tempatan agar kebajikan penyanyi di negara itu terus terbela, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata sebelum ini, terdapat satu institusi sedemikian di bawah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (yang kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang berperanan mengumpul dana bagi membantu penyanyi, namun kini badan itu tiada lagi.

"Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membantu para pelakon dan pihak lain yang terlibat dengan industri perfileman negara.

"Melalui FINAS, kita sudah bantu pelakon-pelakon dan artis tetapi untuk penyanyi ini belum ada lagi, menyebabkan terdapat rungutan. Jadi kini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa sedang berbincang bagaimana hendak bantu golongan penyanyi pula, sama ada melalui FINAS juga atau kita (kerajaan) buat satu badan lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini (7 Okt).

Temu bual itu membincangkan Program Komuniti @ Finas (KoFI) Padang Besar, Perlis.

Mengulas lanjut, Encik Zahidi berkata kementerian tersebut juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan lagi kutipan dana yang boleh disalurkan kepada golongan artis dalam industri perfileman.

"Sebagai contoh, mungkin kita boleh tingkatkan cukai tiket panggung wayang antara 30 hingga 40 sen sebagai tambahan dana untuk membantu semua artis ini,” katanya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan