Malaysia pertimbang bangun platform media sosial sendiri untuk rakyatnya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin soal keselamatan penggunanya.
"Tahun lepas dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan US$600 juta (S$790 juta) dari Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia ini selamat?
"Saya lihat mereka tidak ada kesungguhan, jadi kita perlu kaji dan perlu lihat, tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi ada beberapa negara telah cuba … kita akan teliti dulu," katanya ketika ditemui wartawan pada Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad (4 Ogos).
Encik Fahmi berkata beliau juga sudah bertemu dengan pengacara dan selebriti popular Datuk Aznil Nawawi yang mengemukakan cadangan itu, susulan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran berkaitan Palestin menerusi platform media sosial milik syarikat itu baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, katanya perbincangan lanjut dilakukan dan beliau sendiri turut menyampaikan beberapa pandangan untuk disebarkan kepada pengikut media sosial selebriti itu.
"Saya telah mengingatkan bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh menggunakan media sosial, jadi beliau setuju untuk menyampaikan pandangan ini kepada peminat-peminat beliau," katanya.

Sumber : Bernama/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.