Malaysia perluas kod QR bagi pelepasan imigresen Tambak Johor mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Dalam Negeri/Facebook)
SINGAPURA: Para pemandu dan penumpang warga Malaysia akan dapat menyeberang antara Johor dan Singapura menggunakan kod QR dan bukannya pasport mulai tahun depan.
Ini menyusuli kejayaan percubaan melibatkan bas dan motosikal yang bermula pada Jun dan berakhir bulan ini, dedah Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin (18 Nov).
Buat masa ini, hanya warga Malaysia yang menggunakan kenderaan berdaftar Malaysia boleh menggunakan kod QR di pusat pemeriksaan darat Johor, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada Mediacorp pada Selasa (18 Nov). Tidak jelas sama ada rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan berdaftar Singapura layak untuk berbuat demikian.
Aplikasi yang digunakan untuk pelepasan kod QR dikaitkan dengan pasport mereka.
Menurut laporan The Star, terdapat rancangan jangka panjang untuk memperluaskan penggunaan kod QR kepada warga asing, sama seperti cara pelawat antarabangsa boleh menggunakan kemudahan 'autogate' Malaysia di lapangan terbangnya.
Bercakap semasa sidang media di Kuala Lumpur berikutan mesyuarat jawatankuasa khas untuk menangani kesesakan di Seberang Tambak (Koswe), Encik Saifuddin berkata peserta percubaan itu berhasil mengurangkan dengan ketara masa yang diambil untuk melalui pelepasan imigresen pada waktu sibuk.
“Sistem yang ada sekarang mengambil masa lapan saat manakala sistem kod QR mengurangkannya kepada lima saat untuk seorang penunggang motosikal dan enam saat bagi mereka yang mempunyai pembonceng,” kata Encik Saifuddin, sambil merujuk kepada penggunaan aplikasi MyBorderPass oleh penunggang motosikal.
Ini bermakna lebih 750 penunggang motosikal dapat melalui pelepasan imigresen dalam masa sejam, meningkat daripada 500 kepada 600 penunggang motosikal sebelum ini, kata Encik Saifuddin.
Di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang dihubungkan dengan Seberang Tambak, pengguna bas berjaya mengurangkan masa menunggu semasa waktu sibuk daripada 120 minit kepada 15 minit, menurut Malay Mail.
“Keputusan itu telah dipersetujui secara prinsip hari ini, dan sebaik sahaja kami memuktamadkan perolehan untuk kedua-dua mod pengangkutan ini… kami akan menumpukan usaha untuk memperluaskan inisiatif itu kepada mod pengangkutan lain,” kata Encik Saifuddin, yang menambah ia akan dilakukan secara berperingkat pada tahun depan.
SEMPADAN DARAT JOHOR SEMAKIN SIBUK
Penunggang motosikal dan pengguna bas yang mengambil bahagian dalam percubaan itu menggunakan tiga aplikasi berbeza untuk pelepasan imigresen kod QR, tetapi Kementerian Dalam Negeri dijangka akan menggunakan satu aplikasi untuk memudahkan proses itu.
Para penumpang warga Malaysia yang menaiki bas di Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dihubungkan dengan Link Kedua di Tuas menggunakan aplikasi MyTrip, manakala mereka yang berada di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dihubungkan dengan Seberang Tambak (Koswe) menggunakan aplikasi MyRentas. Penunggang motosikal menggunakan aplikasi MyBorderPass.
Lebih 350,000 penumpang bas, penunggang motosikal serta pembonceng telah mendaftar untuk tiga aplikasi yang terlibat dalam percubaan itu. Bersama-sama, mereka membentuk hampir 80 peratus daripada trafik rentas sempadan harian antara Johor dan Singapura manakala kenderaan privet dan komersial menyumbang selebihnya, menurut laporan Free Malaysia Today.
Encik Saifuddin berkata pelepasan imigresen yang lebih pantas di sempadan darat Johor adalah penting kerana negeri itu dijangka menguruskan 150 juta kenderaan pada tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2025. Ini merupakan peningkatan daripada 116 juta kenderaan yang disaksikan pada tahun lalu, katanya.
Pelepasan yang lebih pantas juga penting untuk Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura. Dalam Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani di SEZ pada Januari tahun ini, kedua-dua negara menyasarkan untuk menimbangkan pelepasan bebas pasport di kedua-dua belah sempadan.
Singapura melancarkan pelepasan imigresen kod QR di pusat pemeriksaan daratnya dengan Johor pada 19 Mac, dan ramai pemandu mengatakan ia berjaya mengurangkan masa perjalanan mereka.
Rakyat Singapura menggunakan aplikasi MyICA yang dikaitkan dengan pasport mereka.
Bagi pelawat asing, pasport fizikal diperlukan bagi mereka yang pertama kali memasuki Singapura, serta mereka yang masuk semula menggunakan pasport yang berbeza daripada lawatan terakhir mereka ke negara ini.
Para pelawat ini boleh menggunakan kod QR untuk pelepasan imigresen bagi perjalanan berikutnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.