Malaysia perlu masa teliti cadangan program visa bersama 6 negara ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Saifuddin Nasution Ismail)
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa dengan enam negara ASEAN lain, untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke rantau ini.
Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu masih di peringkat awal perbincangan dan Malaysia perlu mendapatkan lebih banyak maklumat mengenainya.
Beliau berkata Thailand ingin mendapatkan peluang yang bakal hadir daripada gabungan enam negara ASEAN yang mempunyai potensi dalam pelancongan dan ekonomi.
“Tapi Malaysia sentiasa mencari keseimbangan dari aspek potensi ekonomi dan kepentingan mempertahankan isu keselamatan negara," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin sebelum ini mencadangkan inisiatif visa jenis "Schengen" atau bersama dengan Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar dan Vietnam, bagi merancakkan lagi industri pelancongan di keenam-enam negara itu yang menerima ketibaan pelancong asing berjumlah 70 juta orang pada tahun 2023.
Dalam perkembangan lain, Encik Saifuddin berkata pihaknya sedang membuat beberapa cadangan kepada China supaya memanjangkan visa pelancong bagi rakyat Malaysia kepada 30 hari daripada 15 hari sekarang.
Katanya, cadangan itu akan diusulkan kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim terlebih dahulu untuk persetujuan.
Sejak 1 Disember lalu, Malaysia melaksanakan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China, manakala pemerintah China juga memberi pengeculian visa selama 15 hari untuk pelawat Malaysia.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.