Skip to main content

Dunia

Malaysia perkukuh pertahanan susulan perkembangan serantau

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia perkukuh pertahanan susulan perkembangan serantau

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Sep 2026 04:34PM Dikemas Kini : 26 Sep 2026 04:38PM
Malaysia strengthens defence following regional developments
  • Minister for Defence Mohamed Khaled Nordin said Malaysia needs to strengthen its defence, especially in Sabah, because of military developments involving major powers in the South China Sea.
  • He expressed concern about the possibility of conflict or unexpected incidents in the narrow area that could affect the country’s security.
  • The remarks in Kota Kinabalu were made after he was asked about Philippines-United States defence cooperation and the development of a base on Balabac Island, near Sabah.
  • Malaysia respects the Philippines’ right to strengthen its defence, but as a neighbour, the country will monitor the presence of military assets and take appropriate defensive measures.
Dijana oleh AI
KOTA KINABALU: Malaysia perlu memperkukuh pertahanan negara khususnya di Sabah susulan perkembangan serantau yang melibatkan ketenteraan kuasa besar di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia memberikan perhatian kepada perkembangan itu dan perlu mengambil tindakan yang boleh membantu negara itu dari segi pertahanan.

Beliau berkata kebimbangan utama Malaysia adalah sekiranya berlaku konflik atau insiden luar jangka di kawasan terbabit yang berpotensi mendatangkan kesan terhadap negara itu, khususnya Sabah.

“Kalau berlaku perkara yang tidak dijangka, kita tahu cabaran Laut China Selatan dan persaingan antara kuasa-kuasa besar. Jika berlaku di kawasan itu, yang begitu kecil dari segi geografinya, mungkin menjejaskan juga negara kita,” katanya..

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis pelancaran Literasi Pertahanan Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Encik Mohamed diminta mengulas mengenai kebimbangan rakyat Sabah susulan kerjasama pertahanan antara Filipina dengan Amerika Syarikat yang meningkatkan pembangunan pangkalan tentera termasuk di Pulau Balabac di Palawan, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Pulau Banggi, Kudat, Sabah.

Encik Mohamed berkata Malaysia menghormati hak Filipina untuk memperkukuh keupayaan pertahanannya menerusi kerjasama dengan Amerika Syarikat, tetapi perkembangan itu perlu diberi perhatian berikutan kedudukan Sabah yang berhampiran dengan negara itu.

Beliau berkata Malaysia tidak mempertikaikan langkah Filipina tetapi sebagai negara jiran, sebarang peningkatan pembangunan pangkalan tentera atau kehadiran aset ketenteraan di kawasan berkenaan perlu diambil kira dari sudut keselamatan negara.

"Setiap negara mempunyai hak untuk memperkukuh pertahanan negara masing-masing.

“Itu hak mereka, kita tidak mempertikaikan tetapi sebagai sebuah negara jiran kita beri perhatian dan kita wajar mengambil tindakan yang boleh membantu negara kita dari segi pertahanan," katanya.
Sumber : Bernama/KH/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita