Malaysia mampu jadi tuan rumah ASEAN terbaik, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Puncak ASEAN 2025.
Beliau berkata hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai tuan rumah yang cemerlang kepada semua delegasi terlibat.
“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.
Encik Anwar berkata demikian menerusi catatan di Facebook dan beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dirinya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, di bangunan Parlimen pada Khamis (11 Jul).
Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu (10 Jul) memaklumkan tiga tonggak utama digariskan oleh Malaysia sebagai persiapan menjadi Pengerusi ASEAN 2025, iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.
Beliau berkata setakat Jun lepas, Malaysia sudah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun depan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.