Skip to main content

Dunia

Malaysia mainkan peranan penting banteras Islamofobia: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras Islamofobia, kejahilan dan kebencian terhadap Islam, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perbuatan membakar Al-Quran yang berlaku akibat kejahilan, sombong dan pemikiran neokolonial, perlu dibanteras menerusi ilmu dan pemahaman.

“Bagi orang Islam sudah tentu melalui Al-Quran,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.

Encik Anwar berkata Al-Quran dan terjemahannya yang dihasilkan oleh Yayasan Restu, sudah dicetak, diterjemahkan dan diedarkan ke seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat.

“..supaya mereka (orang Barat) berpeluang membaca, memahami untuk menghayati, seperti yang kita lakukan dalam menghormati agama lain di negara ini.

“Saya berharap melalui usaha ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan lebih memahami serta menghormati kemanusiaan,” kata PM Anwar.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita