Malaysia lapor 1 kes mpox baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Gejala yang dialami akibat mpox. (Gambar fail: AP)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau Mpox dilaporkan pada Sabtu (10 Jan), melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 24 tahun.
KKM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pesakit berkenaan terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.
“Pesakit telah mendapatkan rawatan pada 10 Jan, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital,” menurut kenyataan itu.
Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes mpox di Malaysia sebanyak 12 kes sejak Julai 2023, melibatkan sembilan kes pada 2023, dua kes pada 2024 dan satu kes tahun ini dengan kesemua kes merupakan clade 2.
Virus mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus manakala clade 2 mempunyai kadar kematian lebih rendah.
Menurut KKM, pihaknya terus memantau situasi mpox di dalam serta luar negara, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.