Malaysia lantik Peguam Negara baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: JPM)
PUTRAJAYA: Peguam Cara Negara Malaysia Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara baharu berkuat kuasa Rabu (6 Sep), umum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Dalam kenyataan pada Jumaat (1 Sep), Encik Mohd Zuki berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Encik Ahmad Terrirudin selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Encik Ahmad Terrirudin, 55 tahun, menggantikan Encik Idrus Harun yang tempoh jawatannya secara kontrak tamat pada 5 September.
Encik Idrus yang sebelum ini merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020.
Beliau kemudiannya dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 6 Mac 2022 untuk tempoh setahun lagi. Pada 3 Mac lepas, kontrak Encik Idrus sebagai Peguam Negara disambung untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.
Encik Mohd Zuki dalam kenyataannya turut merakamkan penghargaan kepada Encik Idrus atas perkhidmatan sepanjang memegang jawatan Peguam Negara.

Sumber : Bernama/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.