Skip to main content

Dunia

Malaysia laksanakan operasi pembenihan awam di kawasan dengan mutu udara tidak sihat

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia laksanakan operasi pembenihan awam di kawasan dengan mutu udara tidak sihat

Kawasan yang dilanda jerebu di Malaysia. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Aug 2026 03:27PM
SERDANG: Operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu terutama yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150, selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.

Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi itu, dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata langkah berkenaan penting, ekoran terdapat empangan yang mencatat penyusutan paras air bagi mengelakkan gangguan bekalan air menyusuli cuaca panas ketika ini.

“Ini wajib dilakukan, kerana kita tahu bahawa banyak empangan yang telah memperlihatkan kemerosotan tahap air. Hari ini (30 Ogos) pembenihan awan di Putrajaya dan 3 hingga 5 September di Sarawak, Kedah dan Perlis.

“Pembenihan awan ini dibuat bukan sahaja mengikut keperluan, tetapi juga mengikut kesesuaian kerana biarpun ada awan, perlu dilihat arah pergerakan awan itu untuk menuju ke sesuatu kawasan yang disasarkan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Laman Usahawan Desa KKDW di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Ahad.

Di Sarawak pula, tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).

Sri Aman pula mencatat bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 228.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita