Malaysia kini hidup bersama COVID-19, kata Menteri Kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kini berada dalam fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Malaysia Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pascaKabinet peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.
“Dalam mesyuarat pascaKabinet KKM, kita buat keputusan bahawa kita akan sekarang hidup bersama virus, kita ambil sikap untuk memulakan fasa ini sama seperti virus lain seperti influenza dan chikungunya.
“Maknanya kita kini kembali kepada normal, kalau ada berlaku apa-apa KKM sentiasa memantau. Dalam persiapan untuk masa hadapan, kita sentiasa bersedia untuk kembali bertindak, buat masa ini kita kembali kepada normal…komunikasi akan dibuat dari semasa ke semasa andai berlaku kes,” katanya, menurut Bernama.
Encik Dzulkefly berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan, sempena sambutan Hari Denggi Asean 2024 di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira, Kuala Lumpur.
“Apa yang nak saya sebutkan kita kembali kepada normal, kalau bergejala pergi jumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan, kalau di kawasan khalayak ramai, sentiasa menjaga yang lain dengan memakai pelitup muka anda,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.