Malaysia kenakan sekatan import lembu hidup dari Australia ekoran penularan kes penyakit kulit
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) hanya mengenakan sekatan pengimportan lembu hidup dari Australia sejak Jumaat lalu (4 Ogos) ekoran penularan kes penyakit kulit kental (LSD) di negara itu.
Justeru menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar, produk daging ruminan negara itu yang disembelih masih lagi boleh memasuki pasaran Malaysia.
Beliau berkata, Australia walau bagaimanapun bukan negara sumber utama lembu import kerana sebahagian besar ruminan itu datang dari Thailand, menurut agensi berita Utusan Malaysia.
“Mujur kes ini berlaku selepas musim Hari Raya Aidiladha apabila permintaan daging mula kurang dan kebetulan, jangkitan lembu Australia itu mula dikesan di Indonesia,” jelasnya selepas hadir sesi Bicara Santai Maqis bersempena Hari Bertemu Pelanggan pada Selasa (8 Ogos), lapor Utusan Malaysia.
Pada 4 Ogos lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengeluarkan arahan sekatan import lembu Australia ekoran penularan kes LSD di negara itu, malah pernah melarang kemasukan lembu dari Thailand susulan isu sama pada 2021 sebelum ditarik balik pada 15 Mac 2022.
LSD disebabkan virus Poxviridae yang boleh disebar ternakan menerusi gigitan serangga vektor seperti nyamuk dan sengkenit selain rembesan air liur dan hidung haiwan dijangkiti.
Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk penyakit itu kecuali sekadar diberi rawatan bagi mengelak jangkitan sekunder melalui pemberian ubat antibiotik, antijangkitan dan vitamin.
Menyentuh tahap kesihatan produk daging ruminan negara berkenaan, beliau berkata, isu itu tiada berbangkit kerana sudah diaudit ketat pihak JPV serta agensi berkaitan di sana.
Sehubungan itu, pengguna tidak perlu pun bimbang dengan daging lembu Australia yang selamat dimakan kerana LSD bukannya bersifat zoonotik atau boleh menjangkiti manusia.
Encik Azhari Sahridan menambah, setakat ini hanya ada 100 permit pengimportan lembu Australia di Malaysia dan jumlah itu kurang kerana kos ruminan negara berkenaan amat mahal, lapor Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.