Skip to main content

Dunia

Malaysia kekal mesra niaga, akan kekang rasuah: PM Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad beri jaminan kepada para pelabur bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara yang mesra perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia kekal mesra niaga, akan kekang rasuah: PM Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 03:14PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 06:27PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada para pelabur pada hari Jumaat (20 Jul) bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara yang mesra perniagaan dan mengalu-alukan lebih banyak pelaburan langsung asing dan domestik.

Beliau menambah bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan akan meningkatkan langkah-langkah membanteras rasuah untuk memastikan persekitaran perniagaan yang bersih dan permainan yang adil.

"Kerajaan ini adalah kerajaan baru dan ia akan bersifat mesra perniagaan. Ia tidak akan terlibat dalam rasuah. Saya tahu beberapa peniaga yang berasa bimbang jika mereka berurusan dengan individu yang amalkan rasuah, barangkali tindak balas akan diambil oleh orang yang terbabit atau rakan-rakannya.

"Kami akan melindungi anda daripada sebarang tindak balas, kami mahu kerajaan yang bersih dan saya percaya anda turut mahukannya," katanya dalam ucapan di perasmian Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-72 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) pada hari Jumaat (20 Jul).

Malaysia kini menjalankan siasatan ke atas skandal rasuah 1MDB bernilai berbilion dolar yang melibatkan bekas perdana menteri Encik Najib Razak. Wang bernilai berbilion dolar dipercayai dicuri dari dana pelaburan negara dan dibelanjakan secara mewah daripada filem-filem Hollywood hingga beg-beg tangan.

Sumber : CNA/NA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita