Malaysia kaji cadangan pencarian MH370
Anggaran Waktu Membaca:
Pesanan-pesanan ditulis untuk para penumpang pesawat MH370 yang hilang. (Gambar: AP)
HULU SELANGOR: Kerajaan Malaysia sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity, bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, 10 tahun lalu.
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata, berdasarkan perbincangan yang dilakukan pada Khamis (2 Mei), syarikat berkenaan sudah menghantar kertas cadangan bersama dengan bukti dan maklumat untuk penelitian pihak berkaitan di bawah kementerian tersebut.
Beliau berkata, perkara berkenaan seterusnya perlu dibentangkan kepada Kabinet sebelum satu perjanjian dimuktamadkan antara kerajaan dan Ocean Infinity, selain menjangkakan proses berkenaan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk diselesaikan.
"Sekiranya semua berjalan dengan lancar, maka mereka menyatakan kesediaan untuk memulakan misi pencarian pada bulan November … (bagaimanapun), kita perlu dapatkan kelulusan Kabinet kerana saya tak boleh mendahului Kabinet.
"…kita perlu berbincang secara lanjut maklumat yang diberikan dan perlu ada satu perjanjian sebab ia melibatkan implikasi kewangan sekiranya pesawat itu dapat dicari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di Hulu Selangor pada Sabtu (4 Mei).
Pada Jumaat (3 Mei), Persatuan Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370 dalam catatan di Facebook, mendedahkan Ocean Infinity sudah menghantar kertas cadangan bagi menghidupkan semula pencarian itu kepada Encik Loke.
Syarikat berkenaan antara lain mencadangkan supaya proses pencarian berkenaan dilakukan atas dasar tiada bayaran sekiranya pesawat tidak ditemui.
Pada 8 Mac 2014, pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang, dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.