Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia kaji buka pintu masuk baharu di sempadan Kalimantan

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia kaji buka pintu masuk baharu di sempadan Kalimantan

Gambar: Facebook/Saifuddin Nasution Ismail

MIRI: Kementerian Dalam Negeri Malaysia sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu melibatkan kawasan yang sudah dipersetujui dengan pemerintah Indonesia.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia melihat kepada keperluannya pada masa akan datang selepas ibu kota Indonesia berpindah dari Jakarta ke Kalimantan, lapor Astro Awani.

“Antara perkara yang kita persetujui ialah pembukaan beberapa pintu masuk rasmi yang baharu di sepanjang sempadan Kalimantan dengan Sabah dan Sarawak. Kita telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membuka pintu masuk rasmi yang baharu ini, (yang sebenarnya) sebagai reaksi kita kepada rancangan Indonesia untuk membuka Nusantara sebagai ibu negara yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan Baitul Mahabbah Bekenu di Subis, Miri pada Khamis (30 Mei).

Jelas Encik Saifuddin, Kerajaan Persekutuan sudah memperuntukkan sehingga RM1 bilion (S$290 juta) seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2024.

"Ini bermakna bajet itu terletak di bawah Kementerian Ekonomi dan KDN yang termasuk sebagai agensi pelaksanaan selain daripada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Kerja Raya,” tambahnya.

Sempadan darat Malaysia-Indonesia di pulau Borneo adalah sepanjang 1,881km.

Sementara itu, Encik Saifuddin turut berkata Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kalabakan di Sabah dan Tebedu di Sarawak kini berada dalam senarai keutamaan untuk dinaik taraf oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Terdapat sembilan lagi ICQS yang berada dalam senarai berkenaan, yang bermakna diutamakan dari sudut agihan peruntukan dan keutamaan projek berbanding senarai lain.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan