Malaysia, Indonesia sepakat perkasa bahasa Melayu
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob.
Kedua-dua negara itu sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.
"Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun,” kata Encik Ismail Sabri.
Menurutnya lagi, Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand, Kemboja dan Filipina.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo selepas menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka di Jakarta semalam (1 Apr).
Menyentuh isu serantau, Encik Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju isu Rohingya perlu diselesaikan secara dalaman oleh pemerintah Myanmar sendiri, dan menurutnya, ia adalah isu besar bagi Malaysia memandangkan ketika ini terdapat 200,000 orang pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.