Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia, Indonesia gesa Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel

Malaysia, Indonesia gesa Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia, Indonesia gesa Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel

Unit senjata Israel menyasarkan serangan ke Carikan Gaza dari sempadan Israel pada 15 Mei 2021. (Gambar: AP/Ariel Schalit)

Diterbitkan : 15 May 2021 09:07PM Dikemas Kini : 15 May 2021 09:10PM

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia pada Sabtu (15 Mei) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan dan menghentikan serangan-serangan Israel ke atas Gaza.

Ini sedang konflik Israel-Palestin semakin buruk.

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa "tindakan kejam" Israel itu mesti segera dihentikan.

"Pandangan kami sama bahawa masyarakat antarabangsa, terutama sekali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, harus bertindak pantas untuk menghentikan semua bentuk keganasan yang dilakukan oleh Israel dan menyelamatkan nyawa warga Palestin," tegas Encik Muhyiddin dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen.

"Sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang keadaan semasa di Palestin disebabkan tentangan dari Amerika Syarikat," tambah beliau.

Malaysia sudah lama menjadi penyokong kuat Palestin, dengan menggesa agar huraian dua negara dicapai berdasarkan sempadan-sempadan sebelum tahun 1967.

Majlis Keselamatan itu akan secara terbuka membincangkan keganasan yang semakin buruk di sana pada Ahad (16 Mei), menurut para diplomat pada minggu ini.

Majlis 15 negara anggota itu minggu ini mengadakan pertemuan privet tentang keganasan paling dahsyat di rantau itu sejak beberapa tahun lamanya. Namun sejauh ini ia tidak dapat menyepakati satu kenyataan awam, menurut para diplomat.

Sekurang-kurangnya 136 orang, termasuk 34 kanak-kanak dan 21 wanita, terbunuh di Gaza, sejak keganasan tercetus pada Isnin (10 Mei), menurut para pegawai perubatan Palestin.

Israel pula melaporkan lapan kematian, termasuk seorang askar di sempadan Gaza dan enam orang awam, dua daripadanya kanak-kanak.

Di Tebing Barat pula, warga Palestin melaporkan 11 orang terbunuh selepas para penunjuk perasaan dan pasukan tentera Israel bertempur.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan