Malaysia harap Kemboja, Thailand muktamad penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Mohamad Hasan (Gambar fail: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Malaysia berharap supaya Terma Rujukan T-O-R bagi penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN A-O-T akan dapat dimuktamadkan oleh Kemboja dan Thailand pada Sidang Puncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia selaku Pengerusi ASEAN berharap perkara itu dapat direalisasikan bagi mengukuhkan lagi peranan AOT yang sedang dilaksanakan di sempadan kedua-dua negara berkenaan.
“Kita amat bersyukur kerana kedua-dua negara setakat hari ini masih lagi menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di Putrajaya pada Julai tempoh hari, dan kita mahu supaya ia dimuktamadkan sahaja.
“Seterusnya terpulanglah kepada kedua-dua negara itu untuk berunding bagi menyelesaikan masalah sempadan bersama, kerana isu sempadan ini merupakan isu dua hala dan Malaysia mengamalkan sikap ataupun pendirian tidak campur tangan tentang hal-hal dalaman kedua-dua negara, selari dengan Piagam ASEAN,” katanya.
Encik Mohamad berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Kuala Lumpur pada Jumaat, selepas menyertai mesyuarat empat penjuru melibatkan Amerika Syarikat, Malaysia, Kemboja dan Thailand.
Kemboja dan Thailand berdepan konflik berdekad-dekad lamanya berhubung wilayah di sepanjang sempadan yang dikongsi sepanjang 817 kilometer.
Pertikaian itu, yang memuncak pada 24 Julai lalu apabila kedua-dua pihak berbalas tembakan, berakhir pada 28 Julai selepas Kemboja dan Thailand mencapai persetujuan dalam mesyuarat khas yang dianjurkan Malaysia di Putrajaya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.