Skip to main content

Dunia

Malaysia guna AI kenal pasti tapak kes tinggi denggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai satu cara untuk mengenal pasti kawasan 'hotspot' atau tapak kes tinggi wabak denggi, kata Menteri Dr Dzulkefly Ahmad.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia guna AI kenal pasti tapak kes tinggi denggi

Sistem AI yang sedang dibangunkan oleh KKM itu akan menggunakan pendekatan ramalan untuk mengesan lebih awal tapak kes tinggi penularan denggi. (Gambar: New Straits Times)

Diterbitkan : 22 Jul 2025 06:33PM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 06:34PM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai satu cara untuk mengenal pasti kawasan 'hotspot' atau tapak kes tinggi wabak denggi, kata Menteri Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa (22 Jul), Dr Dzulkefly berkata sistem AI yang sedang dibangunkan oleh KKM itu akan menggunakan pendekatan ramalan untuk mengesan lebih awal tapak kes tinggi penularan denggi.

"Kematian akibat denggi kini melebihi COVID-19, dengan sebanyak 21 kematian dicatatkan manakala COVID-19 hanya satu tahun ini.

"Bagaimanapun, jumlah itu merupakan penurunan kerana tahun lalu terdapat 83,000 kes dengan 117 kematian," katanya, menjawab soalan tambahan Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).

Dr Ahmad Yunus ingin tahu mengenai inisiatif KKM untuk menggalak program berkaitan bagi menangani wabak denggi terutama di tapak kes tinggi yang berulang.

Dr Dzulkefly berkata ketika ini Selangor mencatat kes tertinggi demam denggi, diikuti dengan Kuala Lumpur.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita