Malaysia digesa laksana sistem kod QR di CIQ Johor
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Penganalisis IT rakyat Malaysia Sarguneshwara Subramaniam, yang melakukan perjalanan tiga kali seminggu antara Johor Bahru dengan Singapura, sudah mengharungi kesesakan trafik di pusat-pusat pemeriksaan selama lebih sedekad.
Trafik di Koswe Woodlands dan Tuas LinKedua khususnya sangat sesak pada waktu seperti sekarang, sedang masyarakat meraikan pesta Qing Ming dengan melawat tanah perkuburan nenek moyang mereka selain umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Puasa, kata beliau.
Bagaimanapun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, lelaki berusia 44 tahun itu rasa lega sedikit.
"Dengan (pelaksanaan) kod QR sekarang di pihak Singapura, perjalanan kini jauh lebih lancar daripada yang saya jangkakan," kata Encik Subramaniam, yang bekerja di Singapura dan pulang ke Malaysia tiga kali seminggu untuk menziarahi keluarga beliau.
"Tidak perlu pegang sebarang pasport - hanya imbas kos QR dan tunggu pegawai sahkan nama dan identiti."

Sejak Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memulakan inisiatif kod QR pada 19 Mac untuk pemandu di bahagian sempadannya, purata masa perjalanan Encik Subramaniam sehala kini hanya 90 minit berbanding kira-kira dua jam sebelum ini.
Kini beliau dan isteri hanya mengambil masa kurang 40 saat untuk melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands, berbanding 90 saat sebelum ini.
"Kami betul-betul perhatikan berapa lama masa yang diambil dan berasa sangat senang," kata beliau.
Seorang lagi pelawat yang kerap keluar masuk pusat pemeriksaan, ialah rakyat Singapura Murphy Lip. Masa perjalanan beliau berkurangan daripada 90 minit kepada hanya sejam sejak kebelakangan ini.
"Saya perasan ini khususnya bagus untuk sekumpulan besar pelawat yang menaiki kereta besar. Dengan pengimbas kod QR, ia hanya mengambil masa antara 45 dengan 50 saat sahaja untuk melepaskan kumpulan sedemikian kerana pegawai tidak perlu menyelak helaian muka surat setiap pasport untuk mengesahkan identiti," tambah jurutera awan kanan berusia 41 tahun yang menetap di Malaysia dan bertugas di Singapura.
Gesaan agar Malaysia turut melaksanakan kaedah digital sistem kod QR di pusat-pusat pemeriksaannya dengan Singapura kini semakin lantang sedang semakin banyak maklum balas positif diterima mengenai pelaksanannya di Singapura.
Kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 11 Januari untuk membangunkan rangka kerja bagi perjanjian yang sah di sisi undang-undang mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ). Sebahagian utama MOU itu adalah untuk kedua-dua pihak meneroka pelepasan bebas pasport di sempadan, dan Singapura secara sepihak memperkenalkan sistemnya bulan lalu.
Sejak itu, kerajaan persekutuan Malaysia masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai pelepasan bebas pasport di pusat-pusat pemeriksaannya. Namun kerajaan negeri Johor dan perniagaan-perniagaan berminat untuk meneruskannya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Perhubungan Mohamed Fazli berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi relevan di Singapura selepas Hari Raya untuk meninjau inisiatif kod QR tersebut, menurut laporan The Star pada Selasa (9 Apr).
Encik Fazli dipetik sebagai berkata: "Kami mahu melihat sama ada pelaksanaannya berjaya atau tidak."
"Saya akan mengumpulkan semua maklumat berkaitan dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Imigresen selepas itu," tambah beliau.
Mediacorp sudah bertanya jabatan imigresen Johor sama ada terdapat rancangan untuk membangunkan sistem pelepasan imigresen bebas pasport untuk jangka pendek, menjelang perbincangan lanjut bagi SEZ.
"MESTI DILAKSANAKAN SEKARANG"
Encik Andrew Chen, Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan undi Stulang - iaitu kawasan bersebelahan kompleks imigresen Johor Bahru - memberitahu Mediacorp bahawa penting untuk Malaysia melaksanakan sistem pelepasan imigresen bebas pasport secepat mungkin. Ini akan memberi isyarat menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia dari segi SEZ, kata beliau.
Ahli politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu menjelaskan bahawa Malaysia mungkin tidak melaksanakan sistem kod QR seperti Singapura, namun harus menimbangkan pilihan-pilihan seperti pelepasan biometrik pengenalan wajah atau kaedah lain yang membolehkan perjalanan bebas pasport apabila SEZ membuahkan hasil.
"Penting untuk sistem sedemikian dilaksanakan segera. Perjanjian untuk satu hari nanti melaksanakan perjalanan bebas pasport sudah ada dan Malaysia akan menepatinya," kata Encik Chen, yang memimpin pasukan bertindak negeri antara 2018 dengan 2020 untuk melegakan kesesakan di Koswe.
"Pergerakan keluar masuk yang lancar khususnya penting untuk SEZ berjaya dan bagi ekonomi Malaysia meraih manfaat daripada inisiatif dua hala ini. Namun ia mesti dilakukan sekarang, menjelang perbincangan lanjut mengenai SEZ," tambah beliau.
Pihak berkuasa juga harus meneliti sistem - yang serupa dengan yang dilaksanakan bagi Sistem Gerak Cepat (RTS) Singapura dengan Johor - di mana pelawat hanya perlu melepasi imigresen sekali sahaja.

RTS Link dijadual siap menjelang hujung 2026.
Meskipun tiada tarikh ditetapkan bagi SEZ, Encik Samuel Tan, pengarah eksekutif KGV International Property Consultants di Johor, menjangkakan projek itu akan merancakkan jumlah pelawat yang keluar masuk pusat pemeriksaan darat kepada separuh juta sehari, naik daripada lebih 400,000 sekarang ini.
"Kerajaan Malaysia harus menjadikan pelepasan kod QR sebagai "keutamaan" untuk mengelak "cerutan (bottleneck) dalam perjalanan para pelawat", kata Encik Tan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.