Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia dalam rundingan dengan 'pihak-pihak relevan' untuk bawa pulang jet Jho Low

Kerajaan Malaysia sedang dalam rundingan dengan "pihak-pihak berkaitan" bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia dalam rundingan dengan 'pihak-pihak relevan' untuk bawa pulang jet Jho Low

(Gambar: Roslan Rahman)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 05:10PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 05:18PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang dalam rundingan dengan "pihak-pihak berkaitan" bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara tersebut.

“Ya... memang ada rundingan mengenainya. Saya tidak kata dengan pemerintah Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat,”kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah pada Selasa (18 Sep).

“Ada pihak yang diamanahkan untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahkan perkara ini kerana mungkin boleh menjejaskan proses rundingan tersebut,” kata beliau ada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP hari ini.

Menurut laporan media, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho membeli jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarkan bernilai US$35 juta (S$48 juta) dengan menggunakan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2010 dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.

Pada Ogos, polis Singapura mengesahkan pesawat berkenaan berada di Lapangan Terbang Seletar, dan masih belum ada sebarang permintaan rasmi daripada kerajaan Malaysia untuk memulangkannya.  

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan