Skip to main content

Dunia

Malaysia catat 503 kes baharu batuk kering, jumlah keseluruhan 2,571

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia catat 503 kes baharu batuk kering, jumlah keseluruhan 2,571
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
Diterbitkan : 15 Feb 2026 02:09PM Dikemas Kini : 15 Feb 2026 02:12PM
  • Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 503 kes baharu tuberkulosis, menjadikan jumlah keseluruhan 2,571 kes sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini.
  • Sabah mencatatkan kes tertinggi, diikuti Selangor, Sarawak, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta negeri-negeri lain.
  • KKM menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup di kawasan sesak, terutama menjelang musim perayaan.
  • Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam atau susut berat badan digalakkan menjalani saringan di kemudahan kesihatan terdekat demi melindungi masyarakat.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 503 kes baharu tuberkulosis (batuk kering) atau TB dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini (ME 5/2026) menjadikan bilangan keseluruhan kes kepada 2,571 setakat ini. 

Dalam satu kenyataan pada Ahad (15 Feb), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 614 kes diikuti Selangor (476 kes), Sarawak (257 kes), Johor (233 kes) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (202 kes). 

Sebanyak 148 kes direkodkan di Pulau Pinang, Kedah (144 kes), Perak (127 kes), Kelantan (96 kes),  Pahang (81 kes), Terengganu (60 kes), Negeri Sembilan (58 kes), Melaka (42 kes), Perlis (17 kes) dan Labuan (16 kes).

Sehubungan itu, menjelang musim perayaan dan cuti panjang, KKM menasihatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap pencegahan penyakit itu dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup di kawasan sesak.

KKM juga menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau susut berat badan supaya segera menjalani saringan di kemudahan kesihatan terdekat.

“Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri malah tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga serta masyarakat daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit,” menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita