Malaysia cadang Thailand, Kemboja guna Jawatankuasa Am Sempadan bagi selesaikan konflik
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan (Gambar: BERNAMA)
JERTIH: Malaysia mencadangkan supaya Thailand dan Kemboja menggunakan Jawatankuasa Am Sempadan sebagai mekanisme menyelesaikan pertelingkahan diplomatik antara kedua-dua negara itu, kata Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan.
Menteri Luar Mohamad Hasan terus berhubung dengan rakan sejawat dari Thailand dan Kemboja bagi menggesa gencatan senjata segera, sambil menekankan pentingnya dialog dan saluran diplomatik antara negara berjiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan lama.
Beliau berkata Jawatankuasa Am Sempadan itu perlu berunding terlebih dahulu dan pemimpin kedua-dua negara harus menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa berkenaan.
"Hal ini kerana masing-masing (Thailand dan Kemboja) mahu supaya pihak yang memulakan meminta maaf terlebih dahulu, jadi saya cadangkan supaya mereka menggunakan mekanisme Jawatankuasa Am Sempadan.
"Masing-masing tidak mahu (minta maaf) dahulu ... itu cadangan saya dan saya akan terus beri cadangan. Masing-masing mempunyai kekuatan dan mereka tidak mahu mengalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kemuntong pada Sabtu (26 Jul).
Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau telah dan akan sentiasa berhubung dengan rakan sejawatnya, iaitu Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn bagi meminta perbalahan itu dihentikan.
"Saya minta mereka berundur supaya genjatan senjatan diadakan secepat mungkin kerana kedua-dua negara bersahabat, berjiran dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lama. Perlu sama-sama mencari cara penyelesaian melalui dialog dan saluran diplomatik.
"Jadi, insya-Allah saya akan cuba berhubung lagi dengan mereka (rakan sejawat) dan dengan rakan-rakan yang banyak di situ (di Thailand dan Kemboja) yang ada pengaruh," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tentera Thailand dan Kemboja bertempur pada Khamis lalu (24 Jul) di kawasan pertikaian sempadan bersama, dengan kedua-dua pihak saling menuding jari mengenai pihak yang dianggap sebagai pencetus konfrontasi terbaharu itu.
Ketegangan antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meningkat sejak 28 Mei susulan insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Kedua-dua negara telah berselisih pendapat mengenai isu sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad, dan pertikaian baru-baru ini terus menjejaskan hubungan diplomatik mereka.

Sumber : Bernama/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.