Malaysia Biru manifesto rasmi BN selepas bincang bersama pemimpin parti komponen
Encik Ahmad Zahid Hamidi semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 12 September 2026. (Gambar: BERNAMA)
- Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Agenda Malaysia Biru akan dijadikan manifesto rasmi Barisan Nasional selepas dimuktamadkan bersama parti komponen dan Friends of BN.
- Proses penyediaan manifesto perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum disahkan, seperti dinyatakan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur.
- Agenda Malaysia Biru akan menjadi landasan utama tawaran BN, merangkumi lapan agenda utama dan ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Ahmad Zahid menegaskan agenda ini bukan untuk dipolemikkan, tetapi sebagai dasar dan tawaran utama BN dalam pilihan raya akan datang.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses penyediaan manifesto berkenaan perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum ia disahkan, menurut laporan Astro Awani.
Beliau menambah ia akan disahkan setelah proses penyediaan manifesto berkenaan dilakukan sepenuhnya.
Encik Ahmad Zahid berkata demikian semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu (12 Sep).
Menurut Encik Ahmad Zahid lagi, Agenda Malaysia Biru yang dibentangkannya ketika ucapan dasar akan menjadi landasan utama kepada tawaran BN.
Beliau menarik perhatian bahawa agenda berkenaan bukan hanya ditujukan kepada ahli parti, malah akan ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Encik Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pihaknya berazam untuk menjadikannya sebagai sandaran pelaksanaan dan akan memasukkannya sebagai elemen utama dalam manifesto BN.
Beliau turut menegaskan agenda itu tidak seharusnya dijadikan polemik oleh mana-mana penganalisis.
Tambahnya, ia merupakan dasar dan tawaran BN yang digariskan menerusi lapan agenda utama dalam Agenda Malaysia Biru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.