Malaysia bersedia lakukan pembenihan awan, tutup sekolah jika jerebu tambah buruk
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP Photo/Lee Hong Leng)
KUALA LUMPUR: Malaysia akan cuba melakukan pembenihan awan dan bersedia untuk menutup sekolah jika mutu udara di beberapa kawasan bertambah buruk.
Demikian menurut Jabatan Alam Sekitar negara tersebut, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya pencemaran udara akibat pembakaran hutan.
Hampir setiap musim kemarau, asap daripada kebakaran untuk membersihkan tanah bagi memberi laluan kepada ladang kelapa sawit dan pokok untuk dijadikan kertas di Indonesia menyelubungi sebahagian besar udara wilayah tersebut.
Ia menyebabkan risiko kepada kesihatan awam dan mencetuskan kebimbangan kepada pengendali pelancongan dan syarikat penerbangan.
Mutu udara Malaysia bertambah buruk, terutama sekali di bahagian timur Semenanjung Malaysia, dengan 11 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (PSI) kurang sihat, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam satu kenyataan pada Isnin (2 Okt) malam.
Minggu lalu, Malaysia menyatakan kebakaran di Indonesia menyebabkan pencemaran, meskipun Indonesia menafikannya dengan menyatakan ia tidak mengesan jerebu rentas sempadan ke Malaysia.

Jabatan Malayasia itu menyatakan pada Isnin bahawa sebuah agensi metereologi daerah mengesan hampir 250 "tompok panas", yang menggambarkan kebakaran, di pulau Sumatera dan Kalimantan dan tidak satu pun di Malaysia.
Usaha untuk memperbaiki mutu udara dengan pembenihan awan serta langkah-langkah lain untuk mengatasi pencemaran udara akan dilaksanakan apabila bacaan PSI mencecah 150 selama lebih daripada 24 jam, kata Encik Wan Abdul Latiff.
Sekolah dan tajaka harus meghentikan semua kegiatan di luar bilik darjah apabila bacaan PSI mencecah 100 dan akan ditutup apabila ia mencecah 200, tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.