Malaysia bersedia hadapi PRU 2026, kata sumber; pakar petik perbalahan pembangkang & ekonomi kukuh sebagai punca
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Malaysia mungkin akan keluar mengundi seawal tahun ini di tengah-tengah arus politik yang berubah-ubah yang mewujudkan kemungkinan untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapatkan mandat baharu lebih awal daripada jadual, kata sumber.
Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) Malaysia tidak akan berlangsung sehingga Februari 2028 tetapi pelbagai sumber dalam kalangan kerajaan dan parti politik memberitahu Mediacorp bahawa asas sedang dilakarkan dalam diam untuk pilihan raya mungkin diadakan pada separuh kedua tahun 2026.
Seorang ahli politik di Johor dari kerajaan perpaduan memberitahu Mediacorp bahawa akar umbi partinya sudah diberitahu secara tidak rasmi untuk mula pergiatkan persediaan susuli sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini sebagai persediaan untuk pilihan raya umum yang mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang akan datang "pada separuh kedua tahun ini", kata sumber itu.
Menurut sumber itu, ada kemungkinan Melaka dan Johor boleh mengadakan pilihan raya negeri lebih awal daripada yang dijangkakan, kemungkinan sekitar bulan Jun atau Julai, dan serentak dengan pilihan raya umum.
Penggal kerajaan negeri Melaka semasa tamat pada Disember 2026, manakala penggal kerajaan negeri Johor semasa tamat pada April 2027. Ini bermakna pilihan raya negeri masing-masing dijangka menjelang Februari 2027 dan Jun 2027.
Secara berasingan, seorang penjawat awam kanan memberitahu Mediacorp bahawa pegawai pentadbiran kerajaan sudah dikenakan notis berjaga-jaga untuk kemungkinan pilihan raya umum pada separuh kedua tahun 2026, dengan sumber kerajaan tertentu diletakkan "dalam keadaan bersedia" mulai Jun.
Kenyataan terbaru oleh ahli politik dan pemerhati, yang dilaporkan oleh media tempatan, juga mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya mungkin diadakan mulai separuh kedua tahun 2026.
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Azmi Sharom dilaporkan berkata minggu lalu bahawa SPR bersedia untuk kemungkinan PRU16 awal, termasuk mengadakan pilihan raya parlimen serentak dengan pilihan raya negeri di Melaka dan Johor untuk mengurangkan kos.
Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pilihan raya negeri Melaka mungkin diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan akan datang.
Melaka merupakan pilihan raya negeri seterusnya dalam kalendar dan BN sedang berusaha untuk mempertahankan cengkamannya di Dewan Undangan Negeri selepas memperoleh lebih daripada tiga perempat kerusi dalam pilihan raya yang lalu.
Encik Anwar sebelum ini menolak kemungkinan pilihan raya mengejut pada tahun 2026, memberitahu wartawan Disember lalu bahawa keutamaannya adalah untuk melaksanakan pembaharuan dan mengurangkan isu kos sara hidup rakyat Malaysia.
Namun, para penganalisis memberitahu Mediacorp bahawa keadaan semasa dalam politik, termasuk ketidakstabilan yang dirasakan dalam barisan pembangkang, mungkin memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) Anwar dan sekutunya untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengembalikan pemimpin berusia 78 tahun itu untuk penggal kedua.
PILIHAN RAYA SERENTAK DENGAN PILIHAN RAYA NEGERI?
Kalendar pilihan raya Malaysia menawarkan potensi tempoh strategik.
Walaupun PRU16 mesti diadakan menjelang awal 2028, beberapa negeri menghadapi tarikh akhir yang lebih awal.
Selain Melaka dan Johor, Sarawak, yang mesti mengadakan pilihan raya negerinya menjelang April 2027.
Dengan pilihan raya negeri Sabah selesai pada November 2025, anggota majlis tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ahmad Maslan pada Ahad (1 Mac) menyarankan kemungkinan pilihan raya Sarawak, Melaka dan Johor diadakan tahun ini, seiring dengan pilihan raya umum.
UMNO adalah parti komponen utama BN, sekutu utama PH dalam kerajaan perpaduan.
Penganalisis berkata tempoh realistik untuk pilihan raya Melaka adalah suku keempat 2026, memandangkan permulaan 2027 akan bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadan.
Mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) Ong Kian Ming, yang merupakan profesor tambahan di Universiti Taylor di Selangor, memberitahu Mediacorp: “PM Anwar mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihan raya negeri dan umum serentak menjelang suku keempat 2026 atau suku pertama 2027.”
DAP adalah sebahagian daripada PH dan parti yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbesar dalam gabungan pemerintah.
Prof Ong berkata mengadakan pilihan raya secara serentak dan lebih awal daripada jadual akan meningkatkan peluang PH dan BN “mempunyai pakatan pilihan raya”, memandangkan kedua-dua gabungan itu baru-baru ini bekerjasama untuk pilihan raya Sabah.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.