Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia berpotensi jadi hab umrah serantau jika jumlah penerbangan antarabangsa ditingkatkan

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Malaysia berpotensi untuk menjadi hab umrah serantau jika jumlah penerbangan antarabangsa dapat ditingkatkan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Razali Mohd Sham berkata, penerbangan langsung antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu ditingkatkan terutamanya melibatkan bandar-bandar utama dari China dan Australia, lapor Sinar Harian.

“Jumlah ketibaan penerbangan antarabangsa mesti banyak kerana apabila ramai yang singgah di negara kita, ia membantu Malaysia menjadi pusat atau hab.

“Bagaimanapun, kekerapan penerbangan itu mestilah bukan hanya pada musim umrah sahaja. Kita ambil contoh Dubai, seluruh dunia transit di situ untuk ke Madinah dan Jeddah.
“Sedangkan di negara kita hanya ada penerbangan daripada kumpulan China sahaja.

Indonesia dan Filipina sudah mempunyai penerbangan terus ke Arab Saudi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu (13 Jan).

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan melaporkan kerajaan sedang giat menjalin kerjasama dengan para pemain industri untuk memperkukuh ekosistem mesra Muslim Malaysia sebagai usaha menjadikan negara sebagai hab umrah serantau.

Dalam pada itu, Encik Razali turut mencadangkan kepada agensi pelancongan untuk meningkatkan dan menyerlahkan lagi promosi produk-produk negara serta lokasi menarik.

Jelasnya, restoran makanan halal juga perlu menyediakan kemudahan tempat duduk untuk kumpulan ramai yang memuatkan 500 hingga 1,000 orang dalam satu masa.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan