Skip to main content

Dunia

Malaysia berjaya dapatkan semula 74.5% dana 1MDB yang diseleweng

Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion (S$10 bilion) atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion (S$13.5bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng setakat tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia berjaya dapatkan semula 74.5% dana 1MDB yang diseleweng
(Gambar: Reuters file photo)
Diterbitkan : 06 May 2026 12:26PM Dikemas Kini : 06 May 2026 12:27PM
PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion (S$10 bilion) atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion (S$13.5bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng setakat tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Beliau berkata, kejayaan itu sekali gus menjadi antara rekod kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar.

Jumlah yang berjaya diperoleh semula itu juga melepasi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion (S$9.6 bilion) yang dinyatakan dalam beberapa laporan sebelum ini.

Pencapaian itu mencerminkan komitmen teguh kerajaan dalam mendapatkan semula aset negara yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, serta selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memastikan setiap aset yang hilang dikesan dan dikembalikan kepada negara.

“Setakat ini, berdasarkan data yang ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah RM42 bilion," kata Encik Azam.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita