Skip to main content

Dunia

Malaysia beri diskaun tol 50% pada 6, 7 Nov sempena Deepavali, tidak termasuk plaza tol sempadan SG

Kerajaan Malaysia mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari, mulai Jumaat (6 Nov) hingga Sabtu (7 Nov), sempena sambutan Deepavali pada Ahad (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia beri diskaun tol 50% pada 6, 7 Nov sempena Deepavali, tidak termasuk plaza tol sempadan SG

Gambar hiasan lebuh raya bertol di Malaysia. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 11:04AM
Malaysia offers 50% toll discounts on Nov 6 and 7 for Deepavali, excluding toll plazas at the Singapore border
  • The Malaysian government announced a 50 per cent toll discount from Nov 6 to 7 for Deepavali on Nov 8, to reduce travel costs for the public, particularly Hindus returning home or visiting family.
  • The discount covers private Class 1 vehicles at selected toll plazas and Class 2 vehicles on the Penang Bridge, but does not apply at the Bangunan Sultan Iskandar and Tanjung Kupang plazas, where users will pay the usual rates.
  • Works Minister Alexander Nanta Linggi estimated that compensation to concessionaires would amount to RM20.11 million, to be borne by the government and subject to verification of traffic data.
  • The Ministry of Works and LLM are coordinating implementation with concessionaires. Users are advised to plan their journeys, ensure they have sufficient payment balance, observe speed limits and rest, with traffic information available through LLM’s official channels.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari, mulai Jumaat (6 Nov) hingga Sabtu (7 Nov), sempena sambutan Deepavali pada Ahad (8 Nov).

Menteri Kerja Raya Malaysia, Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun itu akan berkuat kuasa sejurus selepas tengah malam Khamis (5 Nov), iaitu mulai 12.00 tengah malam Jumaat (6 Nov), hingga 11.59 malam Sabtu (7 Nov).

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak melibatkan plaza tol di sempadan Malaysia-Singapura, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Ini bermakna pengguna yang melalui kedua-dua plaza tol berkenaan masih perlu membayar kadar tol biasa.

Diskaun itu diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di plaza tol yang layak, serta kenderaan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

KERAJAAN TANGGUNG PAMPASAN RM20.11 JUTA

Menurut Encik Nanta, inisiatif tersebut dianggarkan melibatkan pampasan sebanyak RM20.11 juta (S$6.32 juta) kepada syarikat konsesi lebuh raya, yang akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Jumlah itu tertakluk kepada pengesahan data trafik sepanjang tempoh pelaksanaan diskaun.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan meringankan kos perjalanan rakyat, khususnya masyarakat Hindu yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Deepavali.

Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaraskan pelaksanaan diskaun itu bersama syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Encik Nanta turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang musim perayaan.

Pengguna juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch 'n Go atau dompet elektronik mencukupi, mematuhi had laju dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi saluran rasmi LLM.

Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita