Skip to main content

Dunia

Malaysia beri amaran kepada TikTok & Meta, dakwa kandungan konflik Israel-Hamas yang pro-Palestin disekat

Anggaran Waktu Membaca:
 Malaysia beri amaran kepada TikTok & Meta, dakwa kandungan konflik Israel-Hamas yang pro-Palestin disekat

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 26 Oct 2023 11:36PM
KUALA LUMPUR: Pengawal selia komunikasi Malaysia akan mengeluarkan amaran kepada syarikat media sosial TikTok dan Meta kerana didakwa menyekat kandungan pro-Palestin di platform tersebut.

Demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil pada Khamis (26 Okt).

"Jika isu ini diabaikan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas," tulisnya menerusi catatan di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Tanpa memberi penjelasan lanjut, Encik Fahmi berkata banyak pihak sudah menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas terhadap platform-platform media sosial, kerana didakwa menyekat kandungan pro-Palestin.

Wakil dari TikTok dan Meta tidak memberikan respon kepada permintaan bagi sebarang komen.

Encik Fahmi berkata Malaysia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara mengenai perjuangan Palestin. Beliau menambah bahawa hak tersebut tidak akan diambil.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita