Malaysia berdepan tarif 10% gagal kuat kuasa larangan import guna buruh paksa secara berkesan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat menyusuli kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
Selain Malaysia, Kemboja dan Indonesia turut dikenakan duti 10 peratus tersebut.
Perkara itu diumumkan oleh Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Duta Jamieson Greer menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Washington pada Khamis (23 Jul).
Encik Greer berkata USTR mengambil tindakan muktamad atas arahan Presiden Donald Trump di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 dengan mengenakan tarif ke atas 60 ekonomi berikutan kegagalan mereka melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
"Tindakan hari ini dibuat susulan siasatan yang dijalankan Pejabat USTR, termasuk dua pusingan pendengaran awam, penerimaan lebih 2,100 ulasan awam serta libat urus dengan rakan dagang kami bagi menangani kebimbangan yang telah lama dibangkitkan," katanya.
Beliau berkata langkah itu dijangka meningkatkan kebajikan pekerja di seluruh dunia, di samping menangani pencabulan hak asasi manusia serta amalan perdagangan yang menjejaskan persaingan.
"Saya mengalu-alukan tindakan segera rakan dagang yang telah melaksanakan larangan import berkaitan buruh paksa dan berharap penguatkuasaannya dapat dilaksanakan secara berkesan," katanya.
Menurut USTR, ekonomi yang melaksanakan larangan import berkaitan buruh paksa, atau komited untuk berbuat demikian serta menguatkuasakannya menerusi Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART), atau melaksanakan sebahagian rejim yang berkesan menghalang import barangan tertentu yang dihasilkan menggunakan buruh paksa, dikenakan duti Seksyen 301 pada kadar 10 peratus.
Bagi ekonomi tertentu, kadar itu dikenakan selepas mengambil kira duti kadar negara paling diberi layanan bagi sesuatu produk.
Pada masa sama, bagi semua ekonomi lain, USTR menetapkan kadar duti Seksyen 301 sebanyak 12.5 peratus, yang turut dikenakan selepas ditolak kadar duti MFN bagi produk berkaitan, menurut kenyataan itu.
USTR turut memutuskan untuk mewujudkan, apabila sesuai, kuota kadar tarif bagi Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan Malaysia berdasarkan input import dari Amerika Syarikat oleh setiap ekonomi berkenaan.
Langkah itu bertujuan menggalakkan negara terbabit meningkatkan import kapas dan produk tekstil dari Amerika Syarikat, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap input dari sumber lain yang berkemungkinan mengandungi unsur buruh paksa.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.