Malaysia belum kuat kuasa VEP sepenuhnya: Menteri Pengangkutan
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Pemandu Singapura yang belum memasang tag Permit Masuk Kenderaan (VEP) pada kenderaan mereka akan terus menerima notis amaran dan bukan didenda, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Rabu (18 Dis).
Beliau juga mengesahkan bahawa kerajaan masih belum menguatkuasakan skim VEP sepenuhnya terhadap kenderaan luar negara.
Encik Loke menjawab persoalan daripada Mediacorp berkenaan sama ada tindakan akan diambil terhadap pemandu Singapura dengan denda trafik yang tertunggak mulai 1 Januari 2025, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kami belum mengumumkan pelaksanaan (penguatkuasaan VEP) lagi... Pelaksanaan selanjutnya akan diberikan dan diumumkan. Jadi tiada apa-apa untuk dibimbangkan bagi pemandu," katanya di luar sebuah acara di Kuala Lumpur.
Encik Loke menambah bahawa buat masa ini, pemandu yang belum mendaftarkan untuk VEP akan terus diberi notis amaran, namun menyatakan bahawa ini adalah aturan sementara.
"Kami memberi notis kepada pemandu yang belum lagi mendaftarkan untuk VEP, tetapi itu buat masa ini. Ia masih dilakukan sekarang," kata Encik Loke sambil menggesa pemandu menyelesaikan pendaftaran untuk VEP.
Menteri itu tidak memberi pengesahan jika pemandu Singapura yang mempunyai denda yang tertunggak akan berdepan tindakan mulai 1 Januari.
Pada Ogos, JPJ mengumumkan bahawa pemandu Singapura dengan denda yang belum dilunaskan akibat kesalahan jalan raya di Malaysia akan menghadapi hukuman penguatkuasaan.
Ia memberi amaran bahawa pemandu luar negara dengan denda yang tertunggak boleh dinafi masuk ke Malaysia dan dalam kes-kes yang ekstrem, kenderaan mereka boleh disita oleh pihak berkuasa di sana.
Ini setelah polis Malaysia menggariskan bahawa antara 1990 dengan Jun 2024, pemandu Singapura telah mengumpulkan lebih daripada 35,000 denda yang tidak dibayar, berjumlah RM3.5 juta (S$1.06 juta).
Malaysia kini dalam fasa pertama menguatkuasakan sistem VEP. Ia mengumumkan pada Mei bahawa mulai 1 Oktober, semua kenderaan berdaftar asing yang memasuki Malaysia melalui darat dari Singapura perlu menggunakan VEP.
VEP digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan kenderaan asing dan memerhatikan jika pemandu mempunyai denda yang tertunggak atas kesalahan trafik.
Empat hari sebelum permulaan penguatkuasaan VEP, JPJ mengumumkan bahawa ia akan "dilaksanakan secara berperingkat" dan kereta Singapura yang belum memasang tag VEP menjelang tarikh akhir 1 Oktober masih dibenarkan masuk ke Malaysia.
Kerajaan Malaysia sebelum ini berkata bahawa pemandu yang gagal memasang VEP boleh didenda sehingga RM2,000 (S$603) atau penjara sehingga enam bulan.
Encik Loke sebelum ini berkata bahawa kerajaannya mengambil "pendekatan yang berperingkat" dalam menguatkuasakan VEP dan pemandu yang memasuki Malaysia tanpa tag RFID VEP dipasang akan menerima notis amaran.
Beliau menambah bahawa setelah kerajaan mengulas mengenai fasa kedua penguatkuasaan, pemandu akan diberi notis yang mencukupi.
Pakar automotif Muhd Raden Anwar - yang juga ketua pegawai eksekutif untuk salah satu syarikat sewa kereta terbesar di Malaysia Wahdah - memberitahu Mediacorp bahawa adalah "logik" bagi kerajaan untuk menguatkuasakan denda terhadap pemandu Singapura "hanya apabila" hampir semua permohonan VEP selesai dan tag mereka diaktifkan.
“Adalah tidak adil jika kerajaan menguatkuasakan pembayaran denda apabila ramai pemandu Singapura masih menghadapi masalah mendapatkan dan memasang tag (RFID) mereka,” tambahnya.
Bagaimanapun, Encik Muhd Raden mengakui bahawa VEP adalah alat untuk memastikan kerajaan dapat mengesan pemandu asing yang mempunyai denda tertunggak, dan melaksanakan sistem itu adalah langkah positif.
“Ia adalah satu cara untuk menjejak data kenderaan asing yang masuk ke negara ini dan ini boleh membantu (dengan) perancangan bandar,” tambahnya.
Encik Loke sebelum ini berkata setakat 30 September, Malaysia telah mengeluarkan 112,658 tag RFID kepada pemandu, di mana 75,412 telah diaktifkan.
VEP pertama kali diumumkan pada 2017 dengan tujuan untuk menangani sindiket kecurian dan pengklonan kereta, dan untuk menghalang kenderaan daripada meninggalkan negara tanpa membayar denda bagi kesalahan lalu lintas.
Penguatkuasaan penuh pada mulanya ditetapkan untuk 2019 tetapi ditangguhkan beberapa kali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.