Malaysia bakal runding kekalkan khidmat kereta api ulang alik JB-SG
Anggaran Waktu Membaca:
Trafik sesak di Koswe Woodlands menghala ke Johor Bahru. (Gambar: CNA/Hanidah Amin)
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berusaha berunding dengan Singapura untuk mengekalkan operasi khidmat Kereta Api Ulang Alik Tebrau antara Johor Bahru Sentral dengan Woodlands selepas projek Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura mula beroperasi.
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata penamatan operasi khidmat ulang alik itu adalah antara syarat yang dipersetujui antara Malaysia-Singapura dalam melaksanakan projek RTS, namun usaha itu bagi memberi pilihan kepada penumpang.
“Saya sendiri merasakan bahawa memang tidak salah kalau kita ada lebih banyak kesalinghubungan antara kedua-duanya negara… itu memberi pilihan kepada penumpang.
“Justeru itu Kementerian Pengangkutan akan berusaha untuk merundingkan perkara ini dengan Singapura supaya perkhidmatan ini dikekalkan walaupun selepas RTS mula beroperasi,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini (26 Okt).
Beliau menjawab soalan tambahan Encik Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) sama ada perkhidmatan ulang alik Johor Bharu Sentral-Woodlands, akan dikekalkan selepas RTS mula beroperasi.
Menjawab soalan asal Encik Suhaizan berhubung bilangan penumpang Kereta Api Ulang Alik Tebrau dan langkah meningkatkan kapasiti perkhidmatan itu, Encik Loke berkata jumlah penumpang mencatatkan kenaikan memberangsangkan dengan rekod penumpang bagi tahun ini meningkat tujuh peratus iaitu purata penumpang 8,635 orang sehari.
Beliau berkata bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan kereta api itu, Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) bersetuju menambah kekerapan operasi kereta api daripada 31 perjalanan kepada 36 perjalanan dan penambahan jumlah gerabak setiap operasi kereta api daripada empat gerabak kepada lapan gerabak.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Encik Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai langkah mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di pintu masuk negara bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Encik Loke berkata antara usaha dilakukan adalah melaksanakan penyelarasan dengan pelbagai agensi untuk mempercepat proses imigresen di Tambak Johor
“Selain itu, dari segi kaunter ataupun perkhidmatan Touch ‘n Go dengan untuk membayar ‘road charge’ (caj jalan raya) untuk kemasukan daripada Singapura telah pun disatukan yang dapat menjimatkan sedikit masa untuk kereta daripada Singapura memasuki Malaysia.
“Kita akan cuba tambah lorong motosikal dan menambah kaunter imigresen agar sentiasa dioptimumkan. Selain itu, kita juga melihat cara lain tambah kesalinghubungan dengan cadangan untuk mengadakan perkhidmatan feri di antara kedua-dua negara,” katanya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.